Israel usir dua aktivis flotilla ke Gaza - Utusan Malaysia

Israel usir dua aktivis flotilla ke Gaza

GAMBAR fail Saif Abu Keshek. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel telah mengusir pada Ahad dua aktivis asing selepas ditahan daripada flotila menuju Gaza, dalam apa disifatkan oleh sebuah kumpulan hak asasi yang mewakili mereka sebagai serangan berbentuk hukuman terhadap misi awam.

Saif Abu Keshek, warga Sepanypl berketurunan Palestin dan Thiago Avila dari Brazil merupakan antara puluhan aktivis di atas flotila yang dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa di luar pantai Greece pada 30 April.

Kedua-duanya ditahan oleh tentera Israel dan dibawa ke Israel untuk disoal siasat, manakala aktivis lain dibawa ke pulau Crete di Greece dan kemudian dibebaskan.

“Saif Abu Keshek dan Thiago Avila daripada flotila itu, telah diusir hari ini dari Israel selepas siasatan dijalankan,” kata Kementerian Luar Israel dalam hantaran di X pada Ahad.

Israel turut menyatakan ia tidak akan membenarkan sebarang pelanggaran terhadap sekatan ke atas Gaza.

Sepanyol, Brazil dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menggesa pembebasan segera kedua-dua lelaki tersebut.

Pada Rabu, sebuah mahkamah Israel menolak rayuan terhadap penahanan mereka.

Flotila itu belayar dari Perancis, Sepanyol dan Itali dengan tujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza dan menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin yang terjejas akibat perang.

Pelayaran Global Sumud Flotilla sebelum ini juga pernah dipintas tentera Israel di luar pantai Mesir dan Gaza.

Israel mengawal semua pintu masuk ke Gaza, yang telah berada di bawah sekatan sejak 2007.

Sepanjang perang Gaza yang bermula pada Oktober 2023, wilayah itu mengalami kekurangan bekalan penting, dengan Israel. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN