Persaingan Moraes, Bergson makin sengit

Persaingan Moraes, Bergson makin sengit

CHRIGOR Moraes dijangka menjadi taruhan utama Selangor FC unruk merobek gawang PDRM FC, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perebutan gelaran penjaring terbanyak Liga Super musim 2025/2026 kini makin rancak membabitkan dua penyerang kelahiran Brazil, Chrigor Moraes dan Bergson Da Silva.

Moraes yang juga penyerang Selangor FC kini berada di kedudukan teratas dengan 22 gol mengatasi penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson di tangga kedua dengan 21 jaringan.

Kedudukan teratas Moraes adalah hasil ledakan hatrik ketika skuad kendalian Kim Pan Gon menumpaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat lalu.

Bergson Da Silva

Bagaimanapun kedudukan berkenaan dijangka berubah sekiranya Bergson berjaya meledak lebih daripada satu jaringan ketika Harimau Selatan bertemu Melaka FC di Stadium Hang Jebat.

Untuk rekod, Bergson muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 32 gol selain calon pemain naturalisasi Malaysia itu pernah memenangi kasut emas pada musim 2022 selepas meledak 29 gol.

Bagi Moraes pula, seandainya berjaya merangkul anugerah kasut emas musim ini, dia akan mengulangi pencapaian yang diraih bekas penyerang Selangor, Ayron del Valle yang mengumpul 23 gol pada musim 2023.

Berada di kedudukan ketika carta penjaring ialah seorang lagi penyerang JDT, Jairo Da Silva dengan 14 gol, namun impian untuk memotong dua kelompok teratas nampak sukar kerana saingan liga kini sudah menghampiri penghujung.

Dalam pada itu, penyerang Kuala Lumpur City FC, Safawi rasid muncul penyerang tempaan terbaik dengan 13 gol di kedudukan keempat diikuti Ronald Ngah Wanja (Kuching City) dengan 12 jaringan.

Penyerang baharu JDT, Ajdin Mujagic dan pemain Negeri Sembilan FC, Joseph Esso pula berada di kedudukan keenam dan ketujuh berkongsi 10 jaringan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN