NGO kutip zakat tetapi tidak salur kepada pihak berkuasa

NGO kutip zakat tetapi tidak salur kepada pihak berkuasa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suru­hanjaya Pencegahan Rasuah Ma­laysia (SPRM) membabitkan penyelewengan berjumlah kira-kira RM230 juta oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan membabitkan sum­ber dana zakat sebaliknya ha­sil sumbangan orang awam.

Sebahagian sumbangan yang diseleweng itu juga dipercayai termasuklah kutipan yang seharusnya disalurkan kepada badan zakat sebuah negeri.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, isu penyelewengan terbaharu membabitkan sebuah NGO berkenaan setakat ini tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam siasatan terkini SPRM, NGO ini menerima dana sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber termasuklah komisen yang diperolehi daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang memperluas skop siasatan.

“SPRM komited untuk terus memastikan ketelusan dan kebertanggungnjawaban dalam se­tiap proses semakan serta siasatan yang dijalankan selaras dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik,” jelasnya.

Terdahulu, dua termasuk seorang timbalan pengerusi NGO direman untuk siasatan kes terbabit.

Media sebelum itu melapor­kan penahanan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO terbabit

Siasatan awal mendapati ke­semua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.

Siasatan turut mendapati tim­balan NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta ter­sebut ke dalam akaun syarikat­nya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.

Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewe­ngan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golo­ngan yang memerlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini