SIDANG DUN: Terengganu dedah senarai hot spot dadah

SIDANG DUN: Terengganu dedah senarai hot spot dadah

 MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Felda Tenang dan Pulau Perhentian di Besut dan Kampung Pak Madah di Marang antara kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hot spot bagi kes penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Pengerusi Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kawasan-kawasan tersebut dikenal pasti di seluruh lapan daerah bagi membolehkan tindakan khusus dan penguatkuasaan lebih berfokus dilaksanakan untuk membendung gejala berkenaan.

​Katanya, antara kawasan lain yang dikenal pasti adalah Bukit Jong, Tebauk, Chendering dan Kampung Baru Serada di Kuala Terengganu, manakala di Kuala Nerus melibatkan kawasan sekitar Bukit Wan serta Jeram Hilir.

Memuatkan artikel berkaitan…

​”Bagi daerah Marang, kawasan terlibat adalah Kampung Jambu Bongkok, Merchang, Kampung Undang, Kampung Pak Madah dan Kampung Kubu. Di Besut pula, kawasan panas meliputi Felda Tenang, Felda Selasih, Kampung Keluang, Kuala Besut (Jeti Perikanan) dan Pulau Perhentian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Mohd. Hafiz Adam (Pas-Air Putih) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di sini, hari ini.

​Mengulas lanjut mengenai kawasan lain, Muhammad Khalil berkata, daerah Kemaman turut mencatatkan senarai panjang melibatkan Bandar Seri Bandi, Tebing Sungai Seberang Tayor Hulu, Kemasik, Pasir Gajah dan Kampung Seberang Tayor.

​”Bagi Hulu Terengganu, lokasi dikenal pasti ialah Kampung Tengkawang dan Jeti Pengkalan Gawi manakala di Setiu pula melibatkan Felda Chalok Barat, Kampung Merang, Kampung Sungai Tong, Kampung Jelapang dan Kampung Alur Lik. Di daerah Dungun pula, tumpuan diberikan kepada kawasan Felda Kerteh 2,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri merangka empat tindakan khusus bagi mengurangkan kadar penagihan dan penyalahgunaan dadah di lokasi-lokasi terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini