Perbadanan Kota Buku anjur program Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka

Perbadanan Kota Buku anjur program Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka

PERBADANAN Kota Buku anjur program Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka pada 23 hingga 26 April ini di Dataran Merdeka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kota Buku akan menganjurkan program Kota Baca 2026 pada 23 hingga 26 April ini di Dataran Merdeka sebagai usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu merupakan sebuah acara literasi berskala nasional bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Menurut kenyataan Perbadanan Kota Buku, penganjuran tersebut menggabungkan elemen fizikal dan digital secara bersepadu bagi menggalakkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, program itu turut melibatkan kementerian, agensi kerajaan, industri buku, penulis dan komuniti dalam usaha memperkasa budaya ilmu selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Pelaksanaan program akan dimulakan pada 23 April di Perpustakaan Kuala Lumpur dengan pelbagai aktiviti termasuk pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan serta sesi Jom Baca Bersama.

Seterusnya, acara fizikal utama akan berlangsung dari 24 hingga 26 April di Dataran Merdeka yang melibatkan penyertaan orang ramai secara lebih meluas.

Sepanjang penganjuran, pelbagai program utama disediakan antaranya pelancaran Kota Baca, jualan buku, acara tukar buku serta aktiviti interaktif bersama pengunjung.

Selain itu, pengisian turut merangkumi persembahan seni, forum sastera, pertandingan bercerita serta sesi temu mesra bersama penulis dan tokoh sastera.

Program itu juga menampilkan aktiviti berkaitan literasi digital termasuk perbincangan kecerdasan buatan (AI) dan pameran inovasi dalam industri buku.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti komuniti seperti trak makanan, kafe buku dan sesi interaktif turut diadakan bagi menarik minat pengunjung.

Menurut PKB memaklumkan, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadikan membaca sebagai norma dalam kalangan rakyat.

Katanya, pendekatan berskala besar itu diharap dapat mengangkat Malaysia sebagai negara pembaca di peringkat serantau dan global.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang penganjuran berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini