Russia dakwa kuasai 80 penempatan, tawan 1,700 km persegi wilayah Ukraine tahun ini

Russia dakwa kuasai 80 penempatan, tawan 1,700 km persegi wilayah Ukraine tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mendakwa pasukannya sudah menguasai 80 penempatan dan lebih 1,700 kilometer persegi wilayah Ukraine setakat tahun ini.

Ketua Staf Am, Valery Gerasimov berkata, pada bulan Mac dan April sahaja, tentera Russia menawan 34 penempatan dan kira-kira 700 kilometer persegi wilayah.

Beliau turut mendakwa tentera Russia kini menguasai sepenuhnya wilayah Luhansk di timur Ukraine.

Gerasimov berkata, tentera sedang mara di kawasan kubu Sloviansk–Kramatorsk–Kostiantynivka, dengan enam penempatan ditawan pada Mac dan penempatan Dibrova pada April.

Menurut beliau, tentera juga sedang mara di beberapa medan hadapan, mewujudkan apa yang digambarkan sebagai ‘zon keselamatan’ di wilayah Sumy dan Kharkiv, dengan 15 penempatan ditawan pada Mac serta Vovchanski Khutory dan Zybine di Kharkiv pada April.

Katanya, pertempuran paling sengit berlaku di Krasnyi Lyman, dengan tentera Russia mengawal kira-kira 70 peratus bandar tersebut.

Menurutnya, tentera Russia juga berjaya menawan penempatan Hryshyne dan Pavlivka di wilayah Donetsk.

“Beberapa unit sedang berusaha mewujudkan zon keselamatan di wilayah Dnipropetrovsk, dengan pertempuran berlaku untuk menguasai Novopavlivka, dengan lebih 75 peratus kawasan itu berada di bawah kawalan Russia.

“Di barat Huliaipole, tentera Russia terus melancarkan operasi ofensif, dengan Boikove dan Luhivske telah ditawan di wilayah Zaporizhzhia. Pasukan kami juga sedang mara ke arah Zaporizhzhia dan sudah menawan Veselianka,” katanya.

Ukraine belum memberi maklum balas terhadap dakwaan Russia itu, manakala pengesahan bebas adalah sukar kerana perang yang masih berterusan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×