Kakitangan Kerajaan Kelantan ‘bebas’ rasuah

Kakitangan Kerajaan Kelantan ‘bebas’ rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Belum ada kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan yang berdepan pertuduhan di mahkamah akibat rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap kali SPRM menjalankan siasatan, ia bukan satu kesalahan yang membawa kepada hukuman, sebaliknya proses biasa sejurus selepas menerima laporan.

Katanya, perkara tersebut perlu difahami agar tidak berlaku salah faham atau timbul sebarang persepsi negatif, sedangkan kesemua laporan mengikuti proses perundangan yang sewajarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya ada laporan, sudah tentu ada siasatan daripada SPRM tetapi apabila siasatan dijalankan, ia bukan bermaksud satu kesalahan. Itu mesti difahami.

“Apabila ada siasatan, biasanya ia tidak membawa kepada pendakwaan kerana tidak terbukti berlaku kesalahan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkait pecahan dapatan SPRM mengikut perolehan dan projek, serta penglibatan kakitangan kerajaan negeri dalam kes-kes yang disiasat oleh agensi tersebut semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Fadzli berkata, terdapat syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang mempunyai enakmen tersendiri yang menentukan pihak yang sepatutnya dilantik ke jawatan-jawatan penting. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini