Demensia dalam kalangan warga emas semakin meningkat

Demensia dalam kalangan warga emas semakin meningkat

DZULKEFLY Ahmad (tiga kiri) buku Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025 : Kesihatan Warga Emas di Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar kes demensia atau nyanyuk dalam kalangan warga emas di negara ini meningkat kepada 9.8 peratus pada 2025 berbanding 8.5 peratus pada 2018, berdasarkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas.

Dapatan sama turut menunjukkan kadar kes kemurungan dalam kalangan kumpulan itu bagaimanapun menurun kepada 8.0 peratus pada 2025 berbanding 11.2 peratus pada 2018.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memperkukuh usaha saringan, rawatan dan intervensi kesihatan mental bagi memastikan kesejahteraan warga emas sentiasa terpelihara.

Dari segi kesihatan fizikal, NHMS 2025 mendapati limitasi dalam melaksanakan Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) dalam kalangan warga emas menurun kepada 10 peratus berbanding 17 peratus pada 2018.

Pada masa sama, limitasi dalam melaksanakan Aktiviti Kehidupan Harian Berinstrumental (IADL) turut mencatat penurunan kepada 27 peratus pada 2025 berbanding 33 peratus pada 2018.

Menurut laporan itu, dapatan NHMS 2025 memainkan peranan penting dalam pembangunan polisi kesihatan yang komprehensif dan responsif terhadap keperluan populasi warga emas di negara ini.

Usaha tersebut selaras dengan pelaksanaan National Ageing Blueprint Malaysia, Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023–2030 serta Pelan Tindakan Demensia Negara 2023–2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN