Potensi anak bermula dari rumah

Potensi anak bermula dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Potensi anak tidak hanya digilap di bilik darjah, sebaliknya bermula dari institusi keluarga di rumah.

Pengarah Urusan Eskayvie, Dr. Kartika Wati Mohamed berkata, ia dibentuk menerusi pemakanan seimbang, sokongan emosi yang konsisten, tidur mencukupi, persekitaran pembelajaran kondusif dan pembinaan keyakinan diri.

Katanya, kesemua aspek itu penting dalam menyokong perkembangan kognitif anak-anak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu bapa tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pendidikan formal semata-mata, tetapi memberi perhatian kepada asas yang membantu perkembangan minda anak secara optimum setiap hari,” katanya selepas meraikan lebih 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan personaliti Datuk Aznil Nawawi bagi berkongsi kejayaan dan pengalaman kepada semua pelajar yang terpilih.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, setiap pelajar perlu menekankan tiga prinsip utama iaitu obsesi terhadap matlamat, disiplin yang konsisten dan keberanian mengambil risiko untuk mencuba jalan baharu.

Katanya,  keputusan cemerlang hari ini bukan jaminan untuk selesa, kerana dunia sebenar akan sentiasa berubah dan hanya mereka yang mampu menyesuaikan diri, berfikir secara berbeza serta berani melakukan kelainan akan terus kekal relevan pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini