PKB perkukuh kerjasama penerbitan digital serantau

PKB perkukuh kerjasama penerbitan digital serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perbadanan Kota Buku(PKB) memperkukuh hubungan serantau apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga syarikat penerbitan antarabangsa dari India dan Thailand bagi memperluas pengedaran kandungan digital merentas sempadan.

Kerjasama tersebut dimeterai menerusi Surat Niat (LOI) pada 28 Mac lalu melibatkan Sixthsense Publications dari India, serta Mocca Group dan Silkworm International Co., Ltd. dari Thailand.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Seksyen Antarabangsa Platform Book Capital (mall.bookcapital.my) yang berfungsi sebagai ekosistem digital bagi meningkatkan akses serta kebolehlihatan karya antarabangsa dalam pasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adibah Omar berkata, kerjasama itu membuka peluang kepada penerbit antarabangsa untuk menembusi pasaran Malaysia secara lebih efisien.

“Dalam masa sama, ia menyumbang kepada pertumbuhan industri penerbitan serantau,” katanya.

Menurutnya, model Cetakan Atas Permintaan (POD) yang digunakan turut membolehkan pengedaran dilakukan tanpa keperluan penyimpanan stok fizikal, sekali gus mengurangkan risiko kemasukan pasaran.

Pada fasa awal, kerjasama itu melibatkan penyenaraian kira-kira 100 judul daripada setiap rakan kongsi, meliputi karya baharu dan koleksi sedia ada.

Katanya, pihak terlibat turut komited memperluas aspek pertukaran hak cipta serta pembangunan rangkaian penerbitan di Asia Tenggara.

Langkah itu dijangka memperkukuh ekosistem penerbitan digital serantau dan memperluas pertukaran kandungan masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN