Wan Fazri uji kelajuan di Terbuka Singapura

Wan Fazri uji kelajuan di Terbuka Singapura

WAN MUHAMMAD FAZRI WAN ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari akan menguji tempo lariannya dalam acara 400 meter (m) di Terbuka Singapura.

Jurulatihnya, Mohd. Jironi Riduan berkata, program latihan Wan Fazri telah dirancang secara spesifik mengikut keperluan atlet itu sebelum dia beralih kepada acara kegemarannya, 800m.

“Sekarang dia berada di fasa persiapan umum dan itu bermaksud dia akan melakukan latihan secara spesifik pada Mei ini.

“Jadi, idea untuk dia mengambil bahagian 400m di Singapura adalah kerana saya nak lihat potensi kelajuannya dalam acara tersebut supaya kita boleh lihat penanda aras untuk prestasi dia berada di tahap mana.

“Tahun ini kita cuba tingkatkan kelajuan dia bagi acara 400m supaya secara automatik ia mungkin boleh bantu prestasinya dalam acara 800m nanti. Mungkin selepas ini dia akan beraksi dalam acara 800m,” katanya. 

Wan Fazri turut didaftarkan bagi acara 4x400m di Terbuka Singapura pada 15 hingga 17 April ini bersama Umar Osman, Aiman Najmi Mohd Anuar, Sayyid Amin Roslan dan N. Kanishkann.

Jironi turut memberitahu, Wan Fazri perlu melakukan catatan masa 48.5 saat (s) ke bawah atau menyamai catatan peribadi terbaiknya, 48.10s pada kejohanan tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN