Intervensi segera, kurangkan kebergantungan Selat Hormuz

Intervensi segera, kurangkan kebergantungan Selat Hormuz

ANWAR Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa susulan konflik Asia Barat. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa langkah intervensi awal dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara, susulan perkembangan Asia Barat yang menyaksikan laluan Selat Hormuz dihadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif lain bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz.

“Situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat. 

“Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan.

“Kerajaan turut menggembleng usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat.

Anwar berkata, kerajaan komited memastikan kestabilan ekonomi terus terpelihara serta kesejahteraan rakyat tidak terjejas dalam menghadapi ketidaktentuan global ketika ini. – Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026 bagi meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×