Usaha NGO henti isu perkauman tunjuk kematangan rakyat-Anwar

Usaha NGO henti isu perkauman tunjuk kematangan rakyat-Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Melayu dan India menoktahkan isu perkauman kedua-dua kaum disifatkannya suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sekaligus menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.

“Saya menyambut baik ikhtiar perdamaian oleh NGO yang mewakili badan Islam dan Hindu sekali gus menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai, menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.

“Inilah roh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.

“Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang menjaga keselamatan negara

“Salut saya kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha ini.

“Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.

Semalam beberapa NGO yang mewakili masyarakat Melayu dan India menggesa segala isu perkauman membabitkan kedua-dua kaum berkenaan dinoktahkan segera dengan mencari titik perdamaian menyeluruh.

Menerusi sesi dialog membabitkan beberapa NGO, mereka sepakat supaya jalan perdamaian melalui rundingan perlu diadakan bagi mencari persamaan dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×