Gangguan bekalan diesel di Johor dijangka pulih secara berperingkat

Gangguan bekalan diesel di Johor dijangka pulih secara berperingkat

GAMBAR tular menunjukkan sebuah stesen minyak di sekitar Johor Bahru menaikkan papan tanda memaklumkan bekalan bahan api diesel di stesen minyak berkenaan telah habis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Beberapa stesen minyak di daerah ini dilaporkan berdepan gangguan bekalan bahan api diesel susulan berlaku kelewatan tiba melibatkan kapal yang membawa muatan bahan api berkenaan ke Terminal Pasir Gudang, dekat sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo bagaimanapun berkata, bekalan tersebut dijangka akan pulih secara berperingkat dalam masa terdekat.

“KPDN Johor telah menghubungi stesen minyak yang terkesan dan dimaklumkan bahawa bekalan diesel sedang dalam proses pengagihan dan dijangka akan pulih secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Sehubungan itu, KPDN Johor menasihatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian panik kerana gangguan bekalan yang berlaku hanyalah bersifat sementara dan situasi dijangka kembali stabil dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Lori Johor, Chua Pei Yun berkata, keadaan tersebut menyebabkan pengusaha lori terpaksa mendapatkan bekalan bahan api diesel dari stesen minyak di kawasan lain.

“Semakan dengan syarikat petroleum berkaitan mendapati berlaku kelewatan di pelabuhan susulan ketibaan kapal kargo dan kapal tangki secara serentak.

“Keadaan itu di menyebabkan kapal tangki syarikat minyak berkenaan terpaksa beratur panjang untuk berlabuh dan memunggah muatan sehingga menjejaskan jadual penghantaran bahan api di stesen minyak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×