BSMM santuni 120 anak yatim, pelajar migran berbuka puasa

BSMM santuni 120 anak yatim, pelajar migran berbuka puasa

TAN Sri Tunku Puteri Intan Safinaz (lima dari kiri) menyerahkan bantuan RM1000 kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bulan Sabit Merah (BSMM) terus memperkasa misi kemanusiaannya dengan menyantuni golongan terpinggir menerusi penganjuran Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak Yatim dan Sekolah Migran di Ibu Pejabat Kebangsaan, di sini hari ini.

Majlis itu menghimpunkan seramai 120 pelajar daripada lima institusi pendidikan dan kebajikan termasuk komuniti pelarian dan migran.

Menurut Setiausaha Agung BSMM, Datuk Danial Iskandar Abdul Rahman, pemilihan sekolah migran dan rumah anak yatim itu dibuat berdasarkan keperluan mendesak golongan tersebut yang sering kekurangan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang kesihatan dan keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Step Up! Youth Camp 2026 di bawah projek Health Equity and Empowerment for All Populations (HEEAP) yang bertujuan memupuk nilai inklusiviti dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

“Kriteria utama adalah mereka mestilah daripada golongan rentan.

“Kami bukan sahaja mengadakan program ‘one-off’, malah akan ada program susulan selama setahun yang melibatkan aktiviti kesihatan mental dan fizikal secara berterusan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Antara institusi yang terlibat ialah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Save School For Refugees, First Step Education Centre dan Youth Education Centre.

Katanya lagi, BSMM turut menzahirkan komitmen terhadap akses saksama kepada sumber penting dengan menyerahkan sumbangan barangan bernilai RM1,000 kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

“Sumbangan tersebut dikhaskan bagi pembelian peralatan berkaitan sokongan kesihatan mental dan psikososial untuk kegunaan aktiviti susulan di sekolah masing-masing,” katanya.

Terdahulu, program Step Up! Youth Camp 2026 telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak berumur 10 hingga 15 tahun mengenai ilmu pertolongan cemas dan kesiapsiagaan bencana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini