GAYA hidup moden hari ini semakin dipacu teknologi pintar yang bukan sahaja memudahkan urusan harian, malah membantu isi rumah mengurus masa dan tenaga dengan lebih efisien.
Kediaman kini bukan sekadar tempat berteduh, sebaliknya berevolusi menjadi ruang pintar yang saling berhubung dan menyokong rutin seisi keluarga.
Seiring perubahan itu, CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia) bersama Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. memperkenalkan tiga produk premium baharu di bawah program “CUCKOO Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung”.
Ketiga-tiga produk ini ditawarkan menerusi model sewaan yang lebih fleksibel dan mampu milik.
Buat pertama kali, mesin basuh pengering pintar, televisyen pintar dan tablet berprestasi tinggi Samsung boleh dimiliki melalui pelan sewaan CUCKOO Malaysia, sekali gus membuka akses lebih luas kepada teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) tanpa kos pendahuluan tinggi.
Rutin harian lebih mudah dan terurus
Kombo Mesin Basuh Pengering AI Samsung (12/7kg) ditawarkan pada RM150 sebulan selama 36 bulan, direka untuk memudahkan rutin cucian dalam kehidupan serba pantas.
Mesin basuh pengering berwarna hitam elegan itu mencuci pakaian secara automatik dengan teknologi Al Wash yang mengesan berat cucian, jenis fabrik dan tahap kekotoran bagi mengoptimumkan penggunaan air serta detergen dalam setiap kitaran.
Sementara itu, ciri Al EcoBubble pula memastikan penjagaan fabrik 45.5 peratus lebih baik serta mampu menanggalkan 24 peratus lebih kotoran walaupun menggunakan air sejuk.
Selain proses cucian yang canggih, fungsi Air Wash dan Hygiene Steam memastikan pakaian lebih bersih bagi melindungi kesejahteraan keluarga.
Bagi memudahkan pelanggan, Pakar Penjagaan Kediaman profesional (Home Care Specialist) CUCKOO Malaysia turut menyediakan perkhidmatan pemasangan dan Servis Penjagaan Kediaman (servis selepas jualan) secara berkala setiap 6 bulan untuk memastikan tahap kebersihan yang terbaik.
Mesin basuh pengering ini turut didatangkan dengan jaminan dan servis eksklusif selama tiga tahun (satu tahun jaminan standard + dua tahun jaminan tambahan CUCKOO).
Hiburan dan kecergasan di ruang tamu
Bagi melengkapkan suasana kediaman moden, TV 65 inci QLED QEF1 4K Samsung Vision AI Smart TV ditawarkan pada RM148 sebulan selama 36 bulan.
TV Al ini bukan sekadar hab hiburan, malah berfungsi sebagai portal kecergasan peribadi di rumah.
Paparan ‘Slim Look Titan Gray’ dengan pensijilan TUV Real Quantum Dot menampilkan visual jelas dan realistik, menjadikan seolah-olah jurulatih bertaraf dunia berada di ruang tamu anda.
Direka dengan mengambil kira aspek keselamatan, paparan ini bebas kadmium, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih selamat untuk. keluarga dengan menghapuskan logam berat berbahaya yang lazim terdapat pada paparan tradisional.
Pengintegrasian dengan SmartThings membolehkan pengguna memantau keadaan rumah secara sepintas lalu sambil mengikuti sesi HIIT yang intensif atau melakukan senaman yoga yang menenangkan.
Produk ini disertakan dengan jaminan eksklusif selama tiga tahun (dua tahun jaminan standard + satu tahun jaminan tambahan CUCKOO)
Produktiviti tanpa batas
Turut diperkenalkan ialah Samsung Galaxy Tab S10 FE+ (256GB) pada kadar RM160 sebulan selama 24 bulan.
Tablet berprestasi tinggi ini direka untuk menyokong produktiviti dan gaya hidup aktif masa kini.
Paparan besar 13.1 inci dengan reka bentuk ultra nipis 6.0mm serta perlindungan kalis air dan habuk IP68 menjadikannya teman ideal untuk penggunaan di rumah mahupun ketika bergerak.
Dikuasakan oleh pemproses Exynos 1580 dan RAM 12GB, peranti ini menawarkan kecekapan berasaskan Al di hujung jari yang menampilkan ciri Galaxy Al, Gemini dan Circle to Search.
Sama ada mengikuti latihan kecergasan intensif atau melukis menggunakan S Pen, tablet ini pasti mampu bertahan lama. – UTUSAN










