Tan Chua sudah lama idam ‘tunai zakat fitrah’

Tan Chua sudah lama idam ‘tunai zakat fitrah’

HELEN Tan Chua menunjukkan resit bayaran selepas menyerahkan derma kepada Mat Nazer Che Rose di Teluk Intan semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hasrat terpendam seorang lelaki bukan Islam merasai pengalaman membayar zakat fitrah seperti orang Islam tertunai apabila dia menyumbang RM10 ketika orang ramai menunaikan zakat fitrah di bandar ini.

Helen Tan Chua, 58, berkata keinginan itu tersimpan lama selepas menyaksikan masyarakat Islam menunaikan kewajipan zakat fitrah setiap Ramadan.

“Setiap kali bulan puasa, saya melihat mereka menunaikannya dan hati saya terdetik ingin turut menyumbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas bertahun-tahun memendam keinginan itu, tahun ini saya rasa inilah masa paling sesuai. Bila ternampak amil di hadapan sebuah bank, saya mendekatinya dan membuat bayaran,” katanya.

Katanya, keseronokan itu sukar diluahkan dengan kata-kata kerana dia membesar dalam persekitaran masyarakat Melayu dan sudah biasa melihat pelbagai amalan umat Islam.

Amil Zakat Teluk Intan, Mat Nazer Che Rose, berkata sumbangan berkenaan diterima sebagai derma, bukan zakat fitrah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini