KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-20 pada tahun 2026, Infobip, platform komunikasi awan global berteraskan AI, hari ini mengumumkan pelancaran AgentOS, penyelesaian AI-native yang diurus sepenuhnya direka untuk memacu interaksi pelanggan autonomi berasaskan matlamat pada skala besar.
Pelancaran ini menandakan fasa baharu dalam evolusi Infobip, daripada penyedia komunikasi omnichannel kepada lapisan orkestrasi pintar untuk era AI.
AgentOS dibangunkan berasaskan AI Agents yang diperkenalkan sebelum ini dan menggabungkan Conversational Customer Data Platform (CDP) dengan keupayaan orkestrasi perjalanan pelanggan secara masa nyata, untuk mewujudkan lapisan keputusan bersepadu merangkumi fungsi pemasaran, jualan dan khidmat sokongan.
Walaupun model komunikasi AI menjanjikan personalisasi hiper dan penglibatan dinamik, banyak inisiatif AI perusahaan gagal mencapai fasa pengeluaran sepenuhnya akibat sistem yang berpecah-pecah, data terasing dan cabaran tadbir urus.
AgentOS menangani jurang ini dengan membekalkan ejen AI data berstruktur, konteks menyeluruh serta keupayaan pelaksanaan merentas saluran seperti SMS, RCS, e-mel, WhatsApp, suara dan lebih 15 saluran integrasi asli.
Berbanding kempen atau aliran kerja yang terasing, perusahaan kini boleh menyampaikan interaksi autonomi yang sentiasa menyesuaikan diri berdasarkan niat, tingkah laku dan masa yang sesuai bagi setiap pelanggan.
Ketua Pegawai Inovasi Infobip, Krešo Žmak berkata, AgentOS ialah lapisan kawalan yang menyatukan ejen AI, data, saluran dan niat pelanggan untuk menentukan tindakan seterusnya dalam setiap interaksi.
“Ia memanfaatkan asas omnichannel kami untuk membolehkan ejen AI beroperasi secara autonomi merentas SMS, RCS, e-mel, WhatsApp, suara dan banyak lagi, menyesuaikan kandungan, saluran dan masa secara masa nyata untuk mengoptimumkan interaksi berdasarkan konteks pelanggan.
“Dengan lebih daripada 15 saluran yang diintegrasikan secara natif, Infobip berada dalam kedudukan unik untuk menyampaikan AI agentik pada skala besar,” katanya.
Direka untuk pelaksanaan di peringkat perusahaan, AgentOS menggabungkan model human-in-the-loop di mana AI memacu kecekapan dan skalabiliti, manakala pakar manusia memantau interaksi kompleks serta memperhalusi prestasi secara berterusan.
Komponen modular, API terbuka dan antara muka Model Context Protocol (MCP) membolehkan organisasi mengintegrasi atau melaksanakannya secara berperingkat – bermula dengan satu kes penggunaan berimpak tinggi sebelum diperluaskan ke seluruh fungsi tanpa gangguan pada sistem berskala besar sedia ada.
Pelayan MCP membolehkan ejen AI berinteraksi secara selamat dengan sistem pihak ketiga, melaksanakan tugas seperti pengesahan identiti, tempahan perkhidmatan dan aliran kerja transaksi secara langsung dalam perjalanan perbualan.
Bagi perniagaan di rantau Asia Pasifik (APAC), khususnya dalam sektor yang dikawal selia ketat seperti perkhidmatan kewangan dan kesihatan, aspek tadbir urus, pematuhan dan kebolehauditan amat penting dalam penskalaan AI secara bertanggungjawab. AgentOS menerapkan perlindungan ini secara asli, memberikan keyakinan kepada organisasi untuk mengautomasikan sambil mengekalkan pengawasan dan kepercayaan.
Naib Presiden dan Pengurus Besar Asia Pasifik dan Eurasia di Infobip, Ruslana Reznikova, menambah: “Ketika Infobip menandakan 20 tahun di peringkat global, Asia Pasifik telah menjadi bahagian utama dalam pertumbuhan tersebut, dengan 16 tahun kehadiran di Malaysia sahaja.
“Hari ini, rantau ini bukan sahaja menerima pakai AI, tetapi juga mengoperasikannya secara berskala merentasi pasaran yang kompleks dan mengutamakan mudah alih. Dengan AgentOS, Infobip Asia Pasifik berada pada kedudukan terbaik untuk membantu perusahaan merealisasikan aspirasi AI menjadi impak perniagaan yang tersusun, berlandaskan tadbir urus dan boleh diukur.”
Dengan mewujudkan bahasa universal yang membolehkan ejen AI berinteraksi dengan sistem pihak ketiga, pelayan MCP Infobip membolehkan ejen AI menempah penerbangan, menyediakan pengenalpastian dua faktor dan banyak lagi.
Tidak kira sama ada sesebuah jenama menggunakan Infobip atau ejen pihak ketiga, mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya platform komunikasi omnichannel global Infobip untuk menyelesaikan tugasan pelanggan AI yang sebenar dari hujung ke hujung. – UTUSAN











