Jemaah umrah tunggu ‘lampu hijau’ untuk pulang

Jemaah umrah tunggu ‘lampu hijau’ untuk pulang

PELURU berpandu yang dilancarkan dari Iran kelihatan di ruang udara dari Kem Pelarian Palestin Bureij di tengah Semenanjung Gaza, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jemaah Malaysia yang terkandas di Arab Saudi kini menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa sebelum dibenarkan pulang ke tanah air susulan perkembangan keselamatan di rantau Asia Barat.

Pengarah Urusan Mubasyyir Travel and Tours, Datin Seri Intan Abdul Hamid berkata, jemaah terlibat masih berada di Tanah Suci sementara menantikan jadual penerbangan yang disahkan berlepas.

Katanya, seramai 55 jemaah di bawah agensi tersebut kini berada dalam keadaan selamat.

“Setakat ini tiada sebarang insiden melibatkan jemaah syarikat berkenaan. Kami juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa serta syarikat penerbangan bagi mendapatkan perkembangan terkini.

“Kumpulan jemaah terdekat dijadual berlepas pada 1 April 2026 dan buat masa ini penerbangan Saudia masih berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan lebih 1,000 jemaah umrah Malaysia yang mahu pulang ke tanah air terkandas di Arab Saudi selepas penerbangan mereka ditangguhkan tanpa tempoh tertentu susulan perang antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran di Asia Barat.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Jay Ibrahim Al Islam, Jay Ibrahim berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan penerbangan alternatif selain bersedia memanjangkan tempoh penginapan hotel bagi memastikan kebajikan jemaah terjamin sehingga dibenarkan berlepas.

Katanya, seramai 30 jemaah di bawah kendalian syarikatnya masih menunggu kebenaran untuk pulang berikutan ruang udara yang belum dibuka sepenuhnya.

“Setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai pembukaan ruang udara,” katanya.

Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours, Datuk Md. Daud Che Ngahm, mereka bukan terkandas, sebaliknya hanya menunggu kerana jadual penerbangan pulang.

Katanya, sepanjang tempoh menunggu, jemaah mengisi masa dengan aktiviti ibadah termasuk solat terawih, tazkirah ringkas dan program tambahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×