Tersekat di Bahrain, rakyat Malaysia mohon doa

Tersekat di Bahrain, rakyat Malaysia mohon doa

Asap kelihatan selepas letupan kedengaran di Manama, Bahrain, semalam.-Reuters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang suri rumah Malaysia di Bahrain meluahkan harapan agar keselamatan keluarganya terus terpelihara susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah ketika ini.

Mangsa, Hazlina Rais Razali berkata, situasi semasa yang melibatkan beberapa negara di rantau itu, termasuk Bahrain, membuatkan dia dan keluarga sentiasa berwaspada walaupun keadaan setakat ini dilaporkan masih terkawal.

“Alhamdulillah, setakat ini kami sekeluarga berada dalam keadaan baik. Namun dengan ketegangan yang terus meningkat, kami hanya mampu berdoa agar Allah terus melindungi kami,” katanya dalam di media sosial.

Hazlina yang menetap di negara itu bersama suami, serta dua anak mereka berkata, sebagai ibu dan isteri, kebimbangan tetap dirasai setiap kali perkembangan baharu mengenai konflik dilaporkan.

Katanya, dalam keadaan tidak menentu itu, dia berharap orang ramai dapat mendoakan keselamatan keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia yang berada di rantau bergolak berkenaan.

Hazlina turut menyimpan harapan agar sekiranya diizinkan dan dipermudahkan, mereka sekeluarga dapat kembali ke Malaysia dalam masa terdekat supaya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

“Kami berharap dapat pulang dan berkumpul semula sebagai sebuah keluarga di tanah air. Itu doa kami setiap hari,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×