AS-Iran perlu pilih jalan diplomasi

AS-Iran perlu pilih jalan diplomasi

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) dan Iran diseru memilih jalan rundingan dan diplomasi susulan serangan ketenteraan yang menggugat kestabilan di Asia Barat.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi semasa memerlukan kedua-dua pihak menangguhkan ketegangan dan memberi keutamaan kepada mekanisme secara berhemah.

Katanya, konflik itu boleh mencetuskan krisis lebih luas sekiranya dibiarkan berterusan dan tidak dikendalikan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya melihatnya sebagai tindakan berbahaya yang mengancam keamanan dan sebarang usaha diplomatik di Timur Tengah pada masa hadapan.

“Penglibatan tentera AS dalam serangan tersebut menjadikan risiko tercetusnya perang yang lebih meluas semakin meningkat.

“Saya menyeru agar semua pertempuran dihentikan serta-merta. AS dan Iran mesti memilih untuk meneruskan diplomasi dan dialog,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas akibat ketegangan kedua-dua negara itu.

“Melindungi dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia akan menjadi keutamaan tertinggi.

“Kerajaan Malaysia, bersama rakan serantau dan antarabangsa, perlu terus berusaha mencari pendekatan berkesan untuk meredakan ketegangan, menggalakkan perdamaian serta melindungi orang awam yang terperangkap dalam konflik ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini