Kita mahu pimpinan teknokrat jadi Perdana Menteri - Presiden Pas

Kita mahu pimpinan teknokrat jadi Perdana Menteri – Presiden Pas

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, calon Perdana Menteri yang bakal diketengahkan Perikatan Nasional (PN) adalah seorang teknokrat yang dapat diterima semua pihak.

Beliau berkata, syor Pemuda Pas supaya Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri seterusnya masih bersifat cadangan.

“Itu masih cadangan. Apa yang penting kita nak pilih seorang teknorat yang diterima oleh semua pihak yang mengendalikan urusan rakyat. Insya-Allah Perdana Menteri tidak jadi Menteri Kewangan,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.
.
Beliau ditanya syor Pemuda Pas supaya Ahmad Samsuri yang baru dilantik sebagai Pengerusi PN baharu sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Dalam satu hantaran di Facebook, sayap parti itu menggambarkan Menteri Besar Terengganu berkenaan sebagai seorang teknokrat dan pemimpin yang tenang serta berfokus kepada hasil.

Pemuda Pas dilaporkan berkata, Ahmad Samsuri yang lebih dikenali sebagai Dr. Sam bukan seorang ahli politik yang gemar berdrama, sebaliknya lebih dikenali sebagai pemimpin yang bekerja dalam diam tetapi membuahkan keputusan nyata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×