Peralihan kepemimpinan PN bukti kematangan

Peralihan kepemimpinan PN bukti kematangan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Peralihan kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung secara harmoni antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar membuktikan kematangan gabungan politik tersebut.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, peralihan kepemimpinan itu turut menunjukkan kekukuhan perpaduan dan kerjasama antara parti-parti komponen dalam PN..

Sehubungan itu beliau yakin, Ahmad Samsuri akan membawa PN ke tahap lebih tinggi khususnya dalam mendapatkan keyakinan rakyat menjelang pilihan raya.

“Saya seru ahli dan penyokong agar terus memberi sokongan serta memperkukuh kerjasama sekali gus bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dengan penuh kesatuan dan istiqamah.

“Pas Johor juga akan memperkemas gerak kerja serta meningkatkan kesiapsiagaan jentera bagi memastikan agenda pembelaan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tersusun,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mahfodz turut memberitahu, pihaknya berharap isu dalaman Bersatu dapat diselesaikan secara baik bagi membolehkan gabungan berkenaan fokus kepada pilihan raya akan datang.

“Bulan November lalu kita sudah mulakan perbincangan termasuk pembahagian kerusi, tetapi sejak isu dalaman Bersatu ia tertangguh, belum ada perbincangan, jadi kami tunggu perkembangan peringkat pusat.

“Selain bersama Bersatu, Pas juga akan terus perkukuh kerjasama dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP),” katanya lanjut. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×