Selera ayam goreng Muiz kian viral

Selera ayam goreng Muiz Hot Chicken kian viral

MUHAMMAD ZAKI Shafie bersama menu jenama Muiz Hot Chicken di restoran miliknya di Bandar Sri Putra. – MINGGUAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan mudah menyediakan sajian makanan yang sedap dan mudah di merata tempat, tetapi bagi pengusaha makanan Mohd. Zaki Shafie, dia melihat cara hidup orang kita sekarang yang mahukan makan sedap dan mudah dinikmati, mendorongnya menawarkan menu yang ringkas dan mudah diperoleh di bawah jenama francais Muiz Hot Chicken.

 

Muiz Hot Chicken menawarkan pelbagai sajian makanan ringkas dan mudah dinikmati meski pun sedang dalam perjalanan yang tidak memerlukan pemandu berhenti terlalu kerap untuk singgah makan.

Hari ini jenama Muiz sudah tular dan popular di merata tempat dan jadi bualan kerana konsep ringkas tetapi boleh dinikmati seisi keluarga.

Makanan ala Barat itu biasanya diperoleh di bawah jenama lain tetapi Mohd. Zaki tidak melihatnya sebagai persaingan, sebaliknya menawarkan sesuatu yang lain daripada lain sebagai daya tarikan.

Menyertai perniagaan rangkaian makanan francais tersebut dengan hasrat memenuhi selera zaman sekarang khususnya generasi muda, dia melihat perniagaan makanan bukan sekadar memenuhi selera pelanggan tetapi sebagai gaya hidup.

Di bahawa jenama Muiz, makanan yang berasaskan ayam itu sudah mendapat perhatian dan beroperasi di pelbagai premis sama ada restoran atau outlet di stesen Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

 

Muiz Hot Chicken

Lokasi Bandar Sri Putra
Waktu operasi : 10 pagi hingga 11.30 malam
Beroperasi setiap hari
Operasi Ramadan : Pukul 4 petang hingga 6 pagi.

 

Muhamad Zaki, 43, yang merupakan Pengarah Flash Global Sdn. Bhd. terbabit dengan perniagaan francais jenama tersebut sejak tiga tahun lepas, dengan penekanan kepada menjaga kualiti produknya.

“Sebagai contoh kami menyediakan nasi lemak sama seperti kedai atau jenama lain tetapi bezanya dengan resipi tertentu dengan menggunakan santan kelapa bermutu bagi menjaga kualiti dan rasa ala kampung,“ kata anak jati Pendang, Kedah ini.

 

Keyakinan beliau berasaskan kepada makin ramai yang berminat terhadap makanan seumpama itu tetapi dengan cita rasa yang diubah suai dan gaya hidup mereka yang sentiasa bergerak.
Menu yang disediakan membolehkan mereka menikmati burger dengan cara yang ringkas, menggunakan bahan mudah digunakan selain rasanya yang enak.

Muiz Hot Chicken menyediakan makanan ayam goreng Regular box (dua ketul), ayam goreng Happy box (lima dan 10 ketul), Zappy hot burger, Tangy chicken burger, nuget atau jejari (enam dan sembilan dalam satu set), nasi lemak ayam (seketul dan dua ketul ayam) chicken tenders dan ayam seekor.

Bagi minuman panas sajiannya adalah salted caramel latte, white coffee, hot chocolate dan teh tarik manakala minuman sejuk adalah teh ais lemon, ice muiz choccoco, ice kiwi bliss dan ice muiz bliss.

Dalam pada itu, sempena Ramadan kali ini, Muiz Hot Chicken memperkenalkan menu baharu yang dikenali sebagai ASB (ayam semua bahagian). Menu tersebut sesuai untuk hidangan berbuka dan sahur bersama keluarga.

Kelainan yang ditampilkan adalah dengan dicicah bersama sos lada hitam resipi istimewa Muiz Hot Chicken .

Hidangan untuk empat hingga enam orang. Dapat membuka selera ahli keluarga terutama kanak-kanak yang gemarkan ayam goreng. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×