Pantau, nilai KSU langkah tingkat prestasi kementerian
Oleh Muhammad Nizam Abdul Hamid
17 Februari 2026, 7:20 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SEMALAM dilaporkan kesemua 27 Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) akan dipantau dan dinilai prestasi mereka secara berstruktur menerusi pelaksanaan sistem demerit.
Melalui sistem itu, kelewatan pelaksanaan projek atau salah tadbir urus dalam kepemimpinan tertinggi kementerian akan menjadi perkara penting yang dipantau.
Ia satu langkah yang tepat dan kena pada masanya ketika isu integriti, rasuah dan penyelewengan dana awam menjadi tumpuan semua pihak.
Kelewatan pelaksanaan juga dilihat sebagai isu integriti kerana orang bercakap tentang peruntukan telah dilulus oleh kerajaan tetapi projek tidak siap-siap.
Lebih-lebih lagi apabila wakil rakyat atau pegawai kerajaan di peringkat bawah menyatakan projek yang berkaitan orang ramai akan dilaksana tidak lama lagi tetapi tidak jalan-jalan projeknya.
Ia perkara biasa yang disebut orang ramai apabila berhadapan masalah projek tertangguh terutama apabila mereka tidak tahu punca sebenar kelewatan itu berlaku.
Kelewatan itu mungkin berpunca akibat birokrasi di kementerian apabila peruntukan yang diluluskan tidak turun ke projek sasaran.
Akibatnya yang kena maki dan yang dituduh songlap ialah mereka yang berdepan dengan rakyat, bukannya mereka yang bekerja di kementerian.
Lebih malang apabila melibatkan wakil rakyat kerana imej mereka yang tercalar apabila disangka hanya membuat janji-janji manis. Sedangkan persepsi rakyat terhadap mereka sangat penting jika mahu dipilih semula
Ramai wakil rakyat, pegawai kerajaan yang mahu memberi khidmat terbaik untuk rakyat tetapi soal kewangan yang tidak disalurkan untuk projek berkenaan menjadi kekangan kepada mereka.
Sebab itulah penilaian prestasi dan pemantauan terhadap KSU menjadi perkara yang amat penting supaya setiap projek yang dirancang berjalan seperti dirancang.
Bukanlah ini bermakna KSU tidak buat kerja tetapi ada sesuatu yang perlu mereka lakukan untuk mengurangkan kerenah birokrasi sehingga ada projek lewat disiapkan.
Rakyat faham tentang tanggungjawab KSU menjaga kepentingan kementerian tetapi mereka tidak faham tentang kelewatan birokrasi.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pemantauan berterusan terhadap semua KSU setakat tahun pelaksanaan 2025 memperlihatkan trend peningkatan dalam pematuhan prosedur, ketelusan perbelanjaan dan pengukuhan integriti, tertakluk kepada pembentangan penilaian akhir.
Ini menunjukkan sudah ada perubahan dilakukan tetapi masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk memantapkan lagi perkhidmatan awam.
Ia satu cabaran besar kepada KSU dalam melaksanakan tugas mereka bagi mencapai petunjuk prestasi tertentu dan pada masa sana, jika dulu mereka menilai orang tetapi kini mereka pula perlu dinilai.
Memang keadaan itu agak ironi tetapi mungkin kerana seorang dua yang bermasalah, habis semua perlu dipantau dan dinilai.
Lagi pula jawatan KSU itu memang untuk mereka yang berprestasi tinggi.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia – UTUSAN

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved