Masih ramai yang melihat perancangan pusaka sekadar penyediaan dokumen semata-mata, sedangkan ia memerlukan pendekatan nasihat sistematik, patuh syariah dan selaras dengan keperluan perundangan semasa.
Pengasas Bersama Kausar Wealth Management, Khamarul Azhar Hashim berkata, kegagalan memahami aspek tersebut menjadi antara punca utama timbulnya isu harta beku, kelewatan pentadbiran dan pertikaian dalam kalangan waris.
Justeru, menyedari keperluan untuk memperkukuh kefahaman masyarakat serta menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh, pihaknya melancarkan inisiatif Kausar Brand Refresh sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukan sebagai agensi perancangan pusaka Islam No.1 di Malaysia.
Pembaharuan jenama berkenaan bukan sahaja menyentuh aspek teknikal perancangan pusaka Islam, malah mengiktiraf dan menangani kerumitan emosi yang sering dikaitkan dengan proses pemindahan harta dan pewarisan.
Selain itu, ia juga dapat menyediakan penyelesaian perancangan pusaka Islam yang tersusun, patuh syariah serta berteraskan keharmonian keluarga.
“Dalam masa sama, langkah ini juga dapat memperjelaskan peranan kami sebagai institusi profesional yang menyediakan khidmat nasihat perancangan pusaka Islam yang tersusun, patuh syariah dan boleh dilaksanakan.
“Ia bukan sekadar perubahan visual, tetapi satu pernyataan jelas komitmen kami terhadap standard profesionalisme dan kualiti perkhidmatan,” katanya.
Lebih menarik, syarikat kini diiktiraf sebagai Agensi Perancangan Pusaka Islam Nombor Satu di Malaysia dan juga Rakan Strategik Wasiyah.
Seiring aspirasi jangka panjangnya, Khamarul Azhar berkata, pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 20 ketua konsultan yang mewakili 5,000 perunding perancangan pusaka Islam dalam tempoh lima tahun akan datang.
Selain itu, syarikat berkenaan berhasrat membantu sekurang-kurangnya 100,000 umat Islam dan merancang harta pusaka bernilai RM100 bilion secara sistematik.











