KOTA KINABALU: Cemburu serta tidak berpuas hati kerana mangsa memutuskan pertunangan
dengan suspek dan berkahwin dengan individu lain merupakan punca utama seorang dalam kes pembunuhan kejam seorang wanita di Taman Indah Permai di sini tiga hari lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mangsa juga dikenal pasti merupakan seorang wanita warga asing berusia 44 tahun yang memegang dokumen IMM13.
Katanya, ketika kejadian, wanita terbabit dipercayai berada di lokasi untuk berjumpa suspek di rumah keluarga lelaki berusia 70 tahun itu.
“Bagaimanapun, kam percaya motif kes bunuh itu lebih kepada cemburu dan tidak berpuas hati dengan mangsa.
“Mangsa sudah berkahwin dengan orang lain menyebabkan suspek dipercayai cemburu sehingga berlaku pertengkaran yang membawa kepada pembunuhan itu,” katanya hari ini.
Jauteh berkata, hasil siasatan mendapati suspek turut mengaku bertindak seorang diri mengerat mangsa dengan menggunakan parang tajam.
Katanya, suspek kedua yang juga anak lelaki warga emas itu pula ditahan membantu siasatan kerana berada di luar rumah tempat kejadian ketika pergaduhan berlaku.
Kelmarin media melaporkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan anggota badan dikerat dan dibuang berasingan di beberapa lokasi pembuangan sampah sekitar Taman Indah Permai di sini. – UTUSAN











