Kerajaan segerakan tuntutan MA63

Kerajaan segerakan tuntutan MA63

MUTAPHA SAKMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyelesaikan semua tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan pelaksanaannya tertakluk kepada proses perundangan yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, baki tuntutan MA63 ketika ini masih dalam peringkat perbincangan dan dipantau oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS JPM).

Katanya, tahap kesediaan Kerajaan Sabah dan Sarawak daripada sudut operasi, sumber manusia serta kewangan antara aspek yang perlu diutamakan sebelum sesuatu perkara di bawah MA63 dapat diselesaikan.

“Sehingga kini, sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 yang dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi MA63 telah dapat diselesaikan yang mana sembilan daripadanya dimuktamadkan semasa pentadbiran Kerajaan Madani manakala baki empat perkara di bawah MA63 telah mencapai persetujuan di bawah Kerajaan Persekutuan terdahulu.

“Bagi baki perkara di bawah MA63 yang masih dalam perbincangan, ia akan terus dipantau oleh BHESS JPM selaku Sekretariat kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bersama dengan semua pemegang taruh di peringkat Persekutuan serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan beriltizam menyegerakan penyelesaian kepada semua perkara di bawah MA63, namun tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara adalah tertakluk kepada proses perundangan yang berkaitan,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×