Anggota tentera cedera kereta perisai dibom di Yala

Anggota tentera cedera kereta perisai dibom di Yala

Seorang anggota tentera cedera dalam pertempuran kira-kira 10 minit dengan anggota kumpulan pemisah di Daerah Bannang Sata, Yala, kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Seorang anggota tentera cedera dalam pertempuran kira-kira 10 minit dengan anggota kumpulan pemisah di Daerah Bannang Sata, Yala, kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4.35 petang semasa sepa­sukan anggota unit bergerak dari Batalion Infantri Pertama membuat rondaan sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Thailand.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, semasa melalui jalan berhampiran Jambatan Wang Hin di Ban Tue Ra, Bannang Sata, satu letupan kuat berlaku menyebabkan kende­raan perisai dinaiki anggota tentera terbabit terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota tentera yang keluar dari kenderaan itu bagaimanapun ditembak oleh sekumpulan anggota pemisah yang bersembunyi di dalam hutan berhampiran.

“Pertempuran berlaku kira-kira 10 minit sebelum kumpulan pemisah melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sumber itu berkata, pertempuran itu mengakibatkan Prebet Worawut Sukchuey mengalami luka kecil akibat kenderaan perisai itu terbalik dan dibawa ke Hospital Daerah Bannang Sata untuk rawatan.

Katanya, pasukan keselamatan mengepung kawasan terbabit sebelum unit forensik dan pemusnah bom melakukan siasatan serta mengumpul bukti.

“Hasil siasatan awal pasukan keselamatan percaya kumpulan pemisah menanam bahan letupan buatan sendiri di tengah jalan sebelum meletupkannya menggunakan alat kawalan jauh ketika anggota tentera melalui kawasan itu,” katanya. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×