PETALING JAYA: Pelbagai langkah penguatkuasaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mengembalikan semula RM8.5 bilion hasil negara sepanjang tahun 2025.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pelbagai langkah penguatkuasaan termasuk pembekuan akaun dan sitaan aset bernilai RM6.95 bilion, penyelesaian RM1.5 bilion, kompaun RM49.7 juta serta lucut hak RM8.1 juta.
Katanya, nilai rampasan berbilion ringgit itu mencerminkan skala cabaran rasuah dan pengubahan wang haram yang terus dihadapi negara.
“Antaranya ialah penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar berhubung salah guna kuasa dan rasuah pengurusan sisa elektronik, serta kes perolehan tentera yang menyebabkan akaun pegawai tinggi tentera dibekukan dan aset disita.
“Kes-kes lain yang mencuri perhatian termasuk video tular dakwaan rasuah lesen cari gali, yang membawa kepada rampasan dokumen, wang tunai dan pendakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Azam berkata, angka berkenaan membuktikan pendekatan agresif SPRM bukan sekadar simbolik, sebaliknya memberi kesan nyata terhadap integriti sektor awam dan swasta.
Tegasnya, Pas komited meneruskan kerjasama dalam PN demi menjaga perpaduan dan kestabilan politik gabungan itu.
“Tak betul, tak betul. Pas hendak meneruskan Perikatan Nasional, perpaduan,” katanya ketika ditemui selepas Program Pemukiman Pas, di sini, semalam.
Abdul Hadi berkata, pemukiman itu juga tidak membincangkan sebarang isu lain berkaitan masa depan parti atau hala tuju Pas untuk keluar daripada PN.
Kenyataan itu sekali gus menafikan spekulasi Pas berhasrat meninggalkan PN dan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Kelmarin, bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr. Marzuki Mohamad mendedahkan serangan secara konsisten dari dalam dan luar parti serta parti komponen PN terhadap Presiden Bersatu itu bertujuan memaksa beliau berundur.
Katanya, ramai sedang menunggu untuk bertepuk tangan menyaksikan projek ‘Muhyiddin exit’ berjaya termasuk daripada kem Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan gabungan PN membabitkan empat parti komponen kekal utuh dan mana mungkin ketepikan parti dalam PN.
Pas melalui Biro Pemerkasaan Parti merangka pelbagai program tahunan bermula awal tahun ini sebagai persiapan berterusan menghadapi landskap politik semasa termasuk jangkaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Katanya, permukiman acara tahunan biasa yang dilaksanakan setiap awal tahun yang diterajui Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan merangkumi perancangan dari peringkat awal sehingga hujung tahun hadapan, bersifat umum dan tahunan, membabitkan peringkat negeri dan persediaan parti hadapi pilihan raya.
“Pas turut membincangkan beberapa pilihan menghadapi pilihan raya termasuk pertandingan secara gabungan atau solo, namun tiada sebarang ketetapan dibuat setakat ini,” katanya.
Dalam pada itu, Marzuki dalam satu kenyataan semalam tampil mempertahankan Muhyiddin dengan menegaskan beliau tidak berbohong ketika menyatakan Pas bersetuju dengan cadangan memansuhkan jawatan Pengerusi PN.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan pimpinan tertinggi Pas dan Bersatu di kediaman Muhyiddin pada 16 Januari lalu yang turut dihadiri Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, yang diadakan atas permintaan pimpinan Pas susulan kebuntuan pelantikan Pengerusi PN baharu.
“Pas mahu menjadi Pengerusi PN tetapi ditentang oleh dua parti komponen yang lain iaitu Gerakan dan MIPP (Parti Rakyat India Malaysia). Sebagai jalan keluar, pertemuan malam itu memutuskan untuk memperkasakan peranan Majlis Presiden PN yang diketuai Muhyiddin.
“Pada masa sama, menubuhkan Majlis Eksekutif PN yang diketuai oleh calon yang akan dinamakan oleh Pas. Cadangan ini telah dipersetujui oleh Gerakan dan MIPP. Mereka melihat kedudukan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Presiden boleh mengimbangi imej Islam Pas yang lebih bersifat keras,” katanya.
Beliau berkata, cadangan itu telah menyelesaikan kemelut yang sedang dihadapi PN, justeru, perlembagaan gabungan itu akan dipinda bagi merealisasikannya.
“Kedua-dua majlis ini akan diketuai oleh seorang pengerusi. Bermakna, selepas perlembagaan PN dipinda, PN akan mempunyai Pengerusi Majlis Presiden dan Pengerusi Majlis Eksekutif. Maka dengan sendirinya jawatan Pengerusi PN menjadi bertindan. Nomenclature (jawatan rasmi) Pengerusi PN tidak ada lagi.
“Manakala kuasa Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif akan diperincikan dalam Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan untuk mencadangkan pindaan perlembagaan PN. Yang penting bukan ‘nomenclature’ Pengerusi PN,” katanya.
Marzuki berkata, isu pembahagian kuasa Pengerusi PN termaktub dalam perlembagaan PN boleh diselesaikan dengan mengagihkannya kepada Pengerusi Majlis Presiden dan Pengerusi Majlis Eksekutif.
Katanya, ia boleh dibincangkan secara mendalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal mengikut proses yang dipersetujui.
“Jika Pas mahukan kuasa lebih, agihkanlah lebih kuasa kepada Pengerusi Majlis Eksekutif. Selesai masalah. Ini cara bekerja yang betul. Ini tidak. Jawatankuasa Teknikal tidak dipanggil bermesyuarat tetapi tiba-tiba keluar notis Mesyuarat Luar Biasa PN yang agendanya bertentangan dengan persetujuan yang telah dicapai.
“Kalau hendak buat keputusan sendiri, bertindak sendiri, lebih baik tidak perlu berbincang. Ini tindakan berniat jahat. Lebih jahat, proses perbincangan belum tamat tetapi telah menghukum Muhyiddin berbohong hanya kerana sekeping surat yang diutus oleh (Abdul) Hadi,” katanya. – UTUSAN










