Kutipan sampah musim tengkujuh cecah 6.5 tan

Kutipan sampah musim tengkujuh cecah 6.5 tan

SUKARELAWAN mengutip sampah pada program Jom Bersih anjuran EPIC Berhad dengan kerjasama Geng Plastik Ija (GPI) di Pantai Batu Buruk 2, Kuala Terengganu. – MINGGUAN/ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 6.5 tan metrik sampah berpunca daripada sisa yang dihanyutkan arus laut semasa Monsun Timur Laut (MTL) dikutip menerusi aktiviti pembersihan pantai yang dilaksanakan di Terengganu dalam tempoh sebulan, tahun ini.

Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI) Terengganu, Zulkefli Sarji berkata, majoriti sampah yang dikutip terdiri daripada botol plastik, polistiren, tali, pukat, bungkusan makanan serta pelbagai jenis sisa lain.

Katanya, sebahagian besar sampah tersebut dipercayai datang dari negara sekitar Laut China Selatan seperti Vietnam, Thailand, Korea dan Filipina selari pergerakan arus laut .

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kali program pembersihan pantai dijalankan, kita dapat melihat kepelbagaian jenis sampah yang dibawa arus dari kawasan berkenaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia pada program Jom Bersih anjuran EPIC Berhad dengan kerjasama GPI di Pantai Batu Buruk 2, di sini.

Zulkefli berkata, sisa-sisa tersebut masih boleh ditemukan sehingga Julai walaupun MTL berakhir pada Mac ini, 

Katanya, pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan kawasan Pantai Batu Buruk, malah turut dikesan di sepanjang pantai dari Kemaman hingga Besut.

“Situasi ini berlaku apabila arus laut membawa sisa dari negara luar serta kawasan pedalaman yang hanyut ke sungai sebelum mengalir ke laut dan akhirnya kembali terdampar di pantai ketika ombak besar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat EPIC Berhad, Rusdi Ngah berkata, program tahunan berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat EPIC Berhad dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpulihara.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×