Peniaga jual semula tapak bazar Ramadan, cecah RM30,000

Peniaga jual semula tapak bazar Ramadan, Aidilfitri cecah RM30,000

Fadlun Mak Ujud (kanan) menyambut kunjungan Azmi Kamaruzaman pada sesi pembentangan laporan tatakelola di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kuala Lumpur semalam -IHSAN SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wujud­nya amalan peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dipercayai menjual semula tapak mereka kepada pihak ketiga dengan harga sehingga RM30,000.

Aktiviti ini didakwa berpunca daripada kelemahan dalam pe­ngurusan lesen serta ketiadaan pemantauan yang ketat, sekali gus membuka ruang kepada amalan ‘atas pagar’ yang merugikan pihak berkuasa dan rakyat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, SPRM telah mengenal pasti enam kelemahan utama dalam pengurusan bazar DBKL semasa sesi pembentangan khas bersama pihak berkuasa itu.

Antara kelemahan tersebut ialah garis panduan pelesenan yang lemah, di mana pindaan 2023 gagal menetapkan keperluan untuk peniaga mempamerkan lesen semasa operasi bazar.

Selain itu, katanya, syarat le­sen dilihat tidak lengkap kerana tiada larangan jelas terhadap penyerahan tapak kepada pihak lain dan tindakan yang perlu diambil jika peniaga gagal berniaga.

“Kadar kompaun yang di­kenakan tidak jelas kerana tiada dokumen rasmi mengenai kadar dan prosedur pengurangan kompaun.

“Proses pembatalan lesen pula dilihat kurang sesuai de­ngan penggunaan sistem ISO 9001 yang sedia ada tidak relevan untuk lesen bazar bermusim,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, SPRM mengemukakan 20 cadangan penambahbaikan tatakelola kepada DBKL.

Ia melibatkan lima isu utama iaitu pengurusan bahan kreatif, tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri, kontrak lesen perniagaan, penganjuran kejohanan sukan serta kutipan sewa perumahan awam.

Cadangan itu dikemukakan susulan kelemahan dan kekura­ngan yang dikenal pasti dalam sistem serta tatacara DBKL menerusi proses penyiasatan tatakelola, selaras peruntukan Seksyen 7(c), (d) dan (e) Akta SPRM 2009.

Kesemua syor tersebut dibentangkan oleh Ketua Cawangan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) F, Zulhairy Zaidel kepada barisan pengurusan tertinggi DBKL dalam satu sesi yang turut dihadiri

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM, Datuk Mohd. Zaki Hassan di Menara DBKL, semalam.

Dalam perkembangan berasingan, Azmi berkata, SPRM juga mengesahkan kelemahan kritikal dalam perkhidmatan lesen perniagaan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan Lanskap (JPPP), DBKL yang berpotensi menjejaskan hasil pihak berkuasa tempatan (PBT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×