Pengeluaran padi di Selangor turun akibat serangan ulat

Pengeluaran padi di Selangor turun akibat serangan ulat

Ulat padi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengeluaran padi Selangor merudum kepada empat tan metrik sehektar berbanding hingga lapan tan sebelum ini berikutan serangan ulat daun batang yang merosakkan tanaman tersebut.

Exco Pertanian dan Infrastruktur, Datuk Izham Hashim berkata, pengeluaran padi sejak kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda peningkatan, namun ia kembali merudum susulan masalah serangan serangga tersebut.

“Tetapi, akhir-akhir ini kena pula ulat korek batang. Jadi, penyakit itu bukan suatu yang mudah untuk kita uruskan dan dia menyebabkan pengeluaran padi turun empat tan per hektar (purata).

Adalah yang tinggi seperti di Sungai Leman, Sekinchan, itu tinggi. Kalau di Sungai Burong dan tempat-tempat lain agak rendah. Tetapi, kita tetap sasarkan untuk naikkan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan tan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sehingga 2024, Selangor mempunyai kawasan tanaman padi lebih 35,000 hektar dan mengeluarkan hasil lebih 246,000 tan setahun yang menyumbang hampir tujuh peratus kepada pengeluaran beras negara.

Sabak Bernam merupakan pusat pengeluaran padi terbesar negeri ini dengan keluasan tanaman di kawasan lebih 24,000 hektar dengan jumlah penghasilannya sekitar 60 peratus.

Izham memaklumkan, Selangor memerlukan langkah bersifat revolusi dalam pengeluaran padi di negeri ini seperti kaedah sawah padi berskala besar supaya sepadan dengan pemberitan subsidi yang mencecah RM1.8 bilion setahun.

“Kita hendak berbincang dengan menteri dan syarikat-syarikat (terlibat), bagaimana kita hendak pastikan mereka pun dapat disalurkan (peruntukan) kalau bersedia.

“Jadi, kalau sebahagian daripada subsidi itu boleh dijadikan insentif kepada syarikat yang mengusahakan bersama pesawah, saya rasa itu barulah betul. Sekarang risiko ditanggung oleh mereka, saya dapat maklumat ada pesawah buat perjanjian dengan syarikat, tetapi akhirnya padi dijual kepada syarikat lain.

“Saya rasa kena tengok semula ekosistem itu, dan dalam pemukiman kita baru-baru ini kita tengok ada keseluruhan kajian pengeluaran padi dan kita hendak cadangkan beberapa penambahbaikan (pertemuan dengan menteri),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN