JPJ tambah 500 kamera badan tahun ini

JPJ tambah 500 kamera badan tahun ini

AEDY FADLY RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan pertambahan antara 300 hingga 500 unit kamera badan bagi kegunaan anggota penguat kuasa di lapangan pada tahun ini, susulan penggunaan awal memberi kesan positif terhadap pelaksanaan penguatkuasaan.

Ketua Pengarah JPJ, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 100 unit kamera badan yang digunakan sepenuhnya oleh anggota penguat kuasa sejak ia mula diperkenalkan November lalu.

Beliau berkata, JPJ masih memerlukan tempoh tiga hingga empat bulan untuk mendapatkan maklum balas tahap keberkesanan menyeluruh peranti itu, memandangkan penggunaannya masih di peringkat awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa sekarang, kita baru mula pada November. Jadi untuk menilai sepenuhnya tahap keberkesanan, kita perlu tunggu beberapa bulan lagi.

“Namun setakat maklum balas awal yang diterima, penggunaannya dilihat berkesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa siri ‘FH’ sempena Hari Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly memaklumkan, JPJ telah adakan perbincangan awal dengan beberapa operator lebuh raya, termasuk PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi meneliti pelaksanaan penguatkuasaan digital melalui sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×