Kemelut politik Perlis selesai ikut Perlembagaan

Kemelut politik Perlis selesai ikut Perlembagaan

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pergolakan politik di Perlis membabitkan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah dinoktahkan mengikut lunas Perlembagaan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengunduran Mohd. Shukri Ramli dari Pas sebagai Menteri Besar Perlis sudah diselesaikan sepenuhnya melalui peranan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaras dengan perlembagaan.

“Jadi apapun masalah sudah pun diselesaikan,” katanya sewaktu sesi perbahasan titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan soal kemelut yang melanda Perikatan Nasional (PN) di negeri itu semasa Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi gabungan tersebut sedang membuat perbahasan.

Muhyiddin berkata, Rayer sengaja membangkitkan isu di Perlis itu walaupun ia tidak relevan dengan pembahasannya hari ini.

“Perlis tidak hancur, masih ada. Perlis adalah negeri yang berdaulat serta telahpun kita selesaikan secara bijaksana,” katanya.

Pada 28 Disember lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu bagi menggantikan Mohd Shukri yang meletakkan jawatannya atas faktor kesihatan.

Kemelut itu didakwa menyebabkan Muhyiddin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PN selepas dikhabarkan menerima desakan dari pemimpin-pemimpin Pas yang berang dengan kemelut di Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×