1,200 daftar pada hari pertama Misi GSF dibuka

1,200 daftar pada hari pertama Misi GSF dibuka

MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,200 rakyat Malaysia mendaftar untuk menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kedua yang dijadual belayar selepas Hari Raya Aidilfitri, pada hari pertama pendaftaran dibuka Isnin lalu.

Penyertaan kali ini dibuka kepada orang awam berbanding pendaftaran sebelum ini yang hanya melibatkan krew teknikal kapal.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, pendaftaran misi kemanusiaan GSF kedua itu dibuka kelmarin dan me­nerima sambutan menggalakkan daripada orang awam termasuk bukan Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, kami menerima sebanyak 1,200 permohonan sejak pendaftaran dibuka Isnin lalu dan semuanya daripada rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Cina dan India.

“Penyertaan yang diterima juga kebanyakannya melibatkan kapten, pembantu krew kapal dan jurutera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan misi kedua itu akan dilaksanakan lebih awal daripada pertengahan tahun susulan permintaan serta penyertaan yang jauh lebih tinggi berban­ding misi pertama.

Tidak seperti misi pertama yang menumpukan kepada penghantaran bantuan, misi kedua akan memberi fokus kepada usaha pembangunan semula Gaza dalam tiga sektor utama iaitu kesihatan, infrastruktur dan pendidikan.

Menurut Nadir, pihaknya turut memerlukan lebih ramai pakar perubatan termasuk doktor, jururawat, jurutera, perancang bandar serta pakar pendidikan bagi membantu membina semula sistem sekolah dan universiti di wilayah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×