PARLIMEN: KPT tiada rancangan mansuhkan AUKU

PARLIMEN: KPT tiada rancangan mansuhkan AUKU

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) buat masa ini tidak bercadang untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) (AUKU).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, AUKU merupakan rangka perundangan utama bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti awam serta perkara-perkara berkenaan dengannya.

Menurut beliau, akta itu sudah melalui pindaan sebanyak lapan kali melibatkan pelbagai skop seperti penambahbaikan tatakelola sehingga pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar.

“Pindaan terkini telah diwartakan pada 27 Jun 2024 melibatkan enam peruntukan utama di bawah Agenda Pemerkasaan Mahasiswa meliputi jawatankuasa tatatertib pelajar, pengurusan kewangan persatuan dan tempoh pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

“Pindaan AUKU tersebut merupakan antara langkah progresif yang dilaksanakan kerajaan untuk membugar budaya berorganisasi dan menyegarkan gerakan pelajar sesuai dengan keupayaan mereka untuk mengurus kedewasaan dan kematangan diri.

“Ini juga membuktikan bahawa kementerian cakna dengan perubahan dan bersedia untuk mengkaji, meminda dan menggantikan apa jua akta atau peraturan yang sudah lapuk serta tidak relevan demi keunggulan ekosistem pendidikan tinggi bertaraf global,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) sama ada KPT mempunyai perancangan untuk memansuhkan AUKU atau melakukan pindaan menyeluruh terhadap undang-undang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×