Cemburu punca lelaki kena simbah asid 

Cemburu punca lelaki kena simbah asid 

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Cemburu dikenalpasti menjadi punca seorang lelaki melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid di sebuah stesen minyak di Jeniang pada Jumaat lalu, dipercayai berpunca daripada motif cemburu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa berusia 36 tahun yang bekerja di kantin sebuah sekolah rendah didapati menjadi sasaran suspek.

Katanya, suspek yang juga berusia 36 tahun, mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki itu yang bekerja di tempat sama.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 pagi ketika kedua-duanya bertemu di stesen minyak untuk berbincang mengenai masalah peribadi. Suspek berang apabila mangsa menafikan ada sebarang hubungan dengan isterinya, lalu bertindak menyimbah cecair itu sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa mengalami melecur kira-kira 11 peratus di muka, leher dan dada dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Menurut Hanyan, polis menerima laporan daripada seorang wanita dan selepas empat hari menjejaki suspek, lelaki itu berjaya ditahan di kawasan Jeniang. 

Suspek kini direman lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×