SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini

SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini

Pegawai polis jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan pelantikan seramai 30,000 penjawat awam tahun ini iaitu meningkat berbanding 25,000 lantikan direkodkan pada 2025.

Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhammed Yunus berkata, sasaran itu mengambil kira peningkatan jangkaan permohonan baharu selain faktor persaraan dalam perkhidmatan awam.

Katanya, secara asasnya jumlah lantikan penjawat awam akan meningkat setiap tahun, sebagaimana pelaksanaan pada tahun lalu yang melibatkan 25,000 lantikan bagi perkhidmatan awam persekutuan.

“Bagaimanapun, jumlah permohonan bagi perkhidmatan awam mencatatkan penurunan kira-kira 200,000 pada tahun lalu berbanding 2024, namun optimis angka tersebut akan kembali meningkat pada 2026 dan 2027.

“Jumlah permohonan kepada SPA direkodkan sekitar 1.2 juta pada 2024 sebelum menurun kepada satu juta tahun lalu. Namun, kami menjangkakan jumlah itu dapat dikekalkan semula melebihi satu juta pada tahun ini,” katanya selepas meninjau Program Kembara Kerjaya Madani SPA Kuantan, hari ini.

Ahmad Jailani berkata, penurunan jumlah permohonan tersebut dipengaruhi pelaksanaan syarat kelayakan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menetapkan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Syarat kelayakan SPM ke atas menyebabkan pengurangan permohonan daripada individu yang hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan lebih rendah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×