Penuntut UiTM lemas mandi bersama rakan di Dungun

Penuntut UiTM lemas mandi bersama rakan di Dungun

PASUKAN Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Amirul Danish Zamri yang lemas semasa mandi bersama sembilan rakannya di Air Terjun Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi di sini, mati lemas ketika mandi bersama sembilan rakannya di Air Terjun Tasik Puteri Bukit Besi, hari ini.

Mayat Amirul Danish Zamri, 19, yang merupakan pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Mekanikal ditemukan kira-kira pukul 12.45 tengah hari oleh pasukan bomba dan penyelamat. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Penolong Penguasa Bomba Mohd. Izzuddin Mahmood berkata, difahamkan, kejadian berlaku semasa mangsa yang berasal dari Kampung seberang Pintasan, di sini mandi bersama sembilan lagi rakannya. 

“Mangsa dikatakan lemas secara tiba-tiba ketika mandi bersama rakan-rakannya. Mereka kemudian menghubungi pasukan bomba kira-kira pukul 11.18 pagi sebelum 10 anggota bomba AMBS dengan dibantu dua anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Kuala Berang,” katanya. 

Mohd Izzuddin berkata, mangsa ditemukan kira-kira pukul 12.42 tengah hari selepas hampir 12 minit selaman pertama dilakukan unit PPDA di dasar air terjun tersebut iaitu pada kedalaman kira-kira tujuh meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×