Empat pingat emas ceriakan kem negara

Empat pingat emas ceriakan kem negara

Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Malaysia di Sukan Para ASEAN 2025 mengutip dua pingat emas, semalam menerusi acara berbasikal dan lawan pedang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pingat emas pertama negara hadir menerusi jaguh berbasikal negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin menerusi ujian masa berbasikal lebuhraya individu lelaki C1–C2.

Atlet berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 32:39.887 saat (s) meninggalkana atlet Indonesia Tifan Abid Alana (35:39.593s) dan peserta tuan rumah Rimtamad Teerayut (36:29.642s).

Emas kedua negara pula disumbangkan oleh atlet lawan pedang, Krisana Sriujun (Azmi Abu Hassan) menerusi acara lelaki individu epee (Kategori A).

Emas kedua negara disumbangkan oleh atlet lawan pedang, Krisana Sriujun. – IHSAN MSN

Selain itu, menembak turut menyumbang emas menerusi K. Perameswary dalam acara wanita raifal 10 meter sementara Mohd Rizal Hassan meraih emas dalam acara tenpin boling.

Atlet para renang negara turut cemerlang apabila membutirkan empat pingat perak dan dua gangsa semalam, manakala acara tenpin boling menghadiahkan satu pingat perak.

Satu lagi pingat perak semalam hadir menerusi Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dalam acara basikal individu ujian masa wanita B dengan catatan masa 35:38.00s.

Dalam pada itu, pingat pertama kem negara di Sukan Para ASEAN 2025 hadir menerusi skuad bola keranjang kerusi roda negara yang meraih pingat gangsa.

Kontinjen Malaysia menyasarkan 55 pingat emas pada Sukan Para ASEAN 2025 yang berlangsung Nakhon Ratchasima, Thailand dari 20 hingga 26 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN