Melaka FC harap penyerang Mesir boleh beraksi

Melaka FC harap penyerang Mesir boleh beraksi

Melaka FC masih menunggu pendaftaran Ahmed Shamsaldin sebelum dapat beraksi menentang Sabah FC di Stadium Likas, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 21 Jan. – Melaka FC mengharapkan pemain import baharu dari Mesir, Ahmed Shamsaldin diluluskan pendaftaran untuk bermain pada aksi kedua Pusingan 16 Piala Malaysia bertemu Sabah FC di Stadium Likas, hari ini.

Jurulatih E. Elavarasan berkata, penyerang tengah itu mampu mengisi kekosongan Dino Kalesic yang tidak dapat beraksi selepas dilayangkan kad merah ketika berdepan skuad The Rhinos sewaktu seri 2-2 pada aksi pertama Sabtu lalu.

Katanya, penyerang kelab profesional Albania, KS Kastrioti sudah cukup bersedia untuk beraksi dan mampu membantu memperkukuhkan jentera serangan Melaka FC.

“Melihat prestasi semasa Ahmed menjalani latihan dia boleh diturunkan menggantikan tempat Kalesic tetapi namun kita masih menunggu kelulusan pendaftarannya.

“Penyerang berusia 32 tahun dengan ketinggian 1.9 meter itu mampu memperkuatkan jentera serangan berdepan Sabah untuk mencari gol membantu Melaka FC menang dan layak ke suku akhir,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Hang Jebat, semalam.

Menurutnya, semangat pemain cukup tinggi berdepan The Rhinos di tempat lawan selepas sekadar terikat dengan keputusan seri 2-2.

Katanya, kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti diharap dapat mengekang Sabah FC daripada mencipta jaringan kerana kelebihan mereka bermain di tempat sendiri.

“Saya mahu pemain mengekalkan pretasi sewaktu seri 2-2 dan kita tahu Sabah mempunyai kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri,” ujarnya.

Jelasnya, kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti tetap sama pada aksi pertama melainkan ketiadaan Kalesic.

Elavarasan berkata, tempoh 90 minit akan digunakan sepenuhnya untuk mengimbangi pemain tuan rumah dan mengelak daripada mengalami kekalahan.

“Kalau boleh pemain perlu elak kealpaan sewaktu kita mendahului 2-1, tiga minit sebelum tamat Sabah dapat menyamakan kedudukan, situasi ini tidak akan berulang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×