20,000 mohon sertai misi Sumud Flotilla gelombang kedua

20,000 mohon sertai misi Sumud Flotilla gelombang kedua

MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Seramai 20,000 rakyat Malaysia termasuk bukan Islam telah menghantar permohonan untuk menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kedua yang dijangka belayar selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, misi kedua itu akan dilaksanakan lebih awal daripada pertengahan tahun susulan permintaan dan penyertaan yang jauh lebih tinggi berbanding misi pertama.

“Tidak seperti misi pertama yang menumpukan penghantaran bantuan, misi kedua akan berfokus kepada pembangunan semula Gaza dalam tiga sektor utama iaitu kesihatan, infrastruktur dan pendidikan.

“Kami memerlukan penyertaan pakar perubatan termasuk doktor, jururawat, jurutera, perancang bandar dan pakar pendidikan untuk membantu membina semula sistem sekolah dan universiti di wilayah berkenaan

“Setakat ini lebih 20,000 rakyat Malaysia telah menyatakan minat untuk menyertai misi berkenaan,” katanya ketika Majlis Pelancaran Kempen #SinarUntukGaza di sini semalam.

Muhammad Nadir berkata, pihaknya menyasarkan penyer­taan artis dan pempengaruh antarabangsa dalam misi kali ini dan sedang berunding dengan beberapa tokoh antarabangsa yang dikenal pasti berpotensi memberi impak kepada misi tersebut.

“Antara nama yang berada dalam proses rundingan awal ialah pelakon Angelina Jolie, Liam Cunningham dan juara dunia Formula Lewis Hamilton,” katanya.

Bagaimanapun, penyertaan artis Malaysia masih dalam pering­kat perbincangan dan belum diputuskan.

Mengulas mengenai kritikan dan penilaian awam terhadap penglibatan artis dalam misi kemanusiaan sebelum ini, beliau berkata, hal itu tidak dapat dielakkan.

“Pemilihan sebelum ini kita rasa sangat baik kerana mereka memang terlibat lebih awal dalam misi kemanusiaan. Kita harapkan kali ini akan lebih baik lagi dengan penyertaan yang lebih meluas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata persediaan bot sudah bermula di beberapa pelabuhan termasuk Barcelona, dengan peserta terpilih akan dihantar ke sana untuk proses teknikal dan penyediaan.

“Setiap bot memerlukan sekurang-kurangnya seorang kapten, dua kru dan seorang juruteknik enjin selain keperluan pekerja mahir seperti pembaikpulih sistem paip, elektrikal dan pemasangan CCTV.

“Sasaran minimum adalah 100 bot dan itu memerlukan antara 500 hingga 600 orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×