Zara Qairina: Pengetua tidak dimaklumkan kewujudan kenyataan bertulis

Zara Qairina: Pengetua tidak dimaklumkan kewujudan kenyataan bertulis

INKUES ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Shaharoom Hashim tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan kenyataan bertulis yang dihasilkan ketika siasatan dalaman berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

Ketika prosiding inkues bersambung, Pegawai Pengendali, Mohd. Fairuz Johari mengajukan soalan jika beliau pernah dimaklumkan oleh unit disiplin sekolah mengenai dokumen yang mengandungi kenyataan lima pelajar berhubung insiden pada malam 15 Julai lalu.

Shaharoom yang juga saksi ke-47 itu berkata, beliau mengetahui bahawa pihak sekolah sudah menjalankan dua siasatan dalaman pada 16 dan 17 Julai.

“Bagi siasatan pada 16 Julai, saya dimaklumkan secara lisan pada awal pagi 17 Julai.

“Saya diberitahu bahawa pada 16 Julai, satu siasatan sudah dijalankan di surau, di mana pelajar ditemu bual secara lisan.

“Bagaimanapun, unit disiplin tidak pernah memaklumkan kepada saya mengenai kenyataan bertulis berkenaan,” katanya ketika keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Pada 25 November tahun lalu, seorang guru Bahasa Arab dari sekolah berkenaan mendedahkan bahawa dokumen yang mengandungi kenyataan pelajar mengenai insiden itu disimpan oleh unit disiplin sekolah dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak berkuasa termasuk polis.

Shaharoom berkata, bekas ketua warden sekolah, Azhari Abdul Sagap, sudah memaklumkan kepadanya mengenai kewujudan kenyataan bertulis berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kepada peguam Shahlan Jufri bahawa dia hanya mengetahui mengenai kenyataan bertulis itu ketika inkues berlangsung, yang bermula pada 3 September tahun lalu.

Pada prosiding itu, Shahlan mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat.

Saksi itu berkata, beliau dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tiga minggu selepas Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai di asrama sekolah.

Dalam tempoh berkenaan, Shaharoom berkata beliau tidak berkesempatan membaca kenyataan terbabit kerana sibuk menguruskan hal di hospital, prosedur forensik dan menerima lawatan pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×