Undang-undang lompat parti lompong - Ronald Kiandee

Undang-undang lompat parti lompong – Ronald Kiandee

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Undang-undang anti lompat parti disifatkan mempunyai banyak kelemahan sehingga membolehkan tafsiran dibuat mengikut kepentingan dan kesesuaian kerajaan.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran–PN), berkata ketidakselarasan pelaksanaan undang-undang itu jelas apabila keputusan berbeza dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), walaupun akta berkenaan mempunyai objektif yang sama.

Ronald merujuk keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum ini yang tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, keputusan itu bercanggah dengan tindakan Speaker DUN Kelantan yang mengisytiharkan kerusi Nenggiri kosong pada tahun 2024 selepas keahlian ADUN Mohd. Azizi Abu Naim ditamatkan.

“Begitu juga di Perlis apabila Speaker DUN mengisytiharkan kerusi tiga ADUN Pas kosong tahun lalu,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Ronald Kiandee berkata demikian ketika menjawab celahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang bertanya sama ada beliau bersetuju dengan tindakan Speaker DUN Perlis terhadap tiga ADUN Pas berkenaan.

Perbezaan keputusan itu membuktikan wujud kelemahan ketara dalam undang-undang anti lompat parti.

“Speaker Dewan Rakyat enggan mengisytiharkan kerusi kosong, Speaker Kelantan mengisytiharkan kerusi kosong dan Speaker Perlis juga mengisytiharkan kerusi kosong.

“Sebab itu saya katakan, isu ini berpunca daripada kelemahan akta tersebut kerana ia boleh ditafsirkan mengikut kesesuaian kerajaan dan dewan masing-masing,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Syahredzan Johan (PH–Bangi) yang bertanya sama ada beliau bersetuju dengan tindakan Speaker DUN Perlis terhadap tiga ADUN Pas berkenaan.

Ronald menggesa kerajaan meminda undang-undang anti lompat parti yang diluluskan pada 2022 bagi menutup segala kelemahan sedia ada. Menurutnya, jika undang-undang tersebut gagal menghalang perbuatan lompat parti, ia perlu diperbaiki segera.

“Jika tidak, lebih baik undang-undang ini dimansuhkan dan kita biarkan sahaja budaya lompat parti terus berlaku,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×