UMNO perlu elak salah laku jika mahu dominan semula

UMNO perlu elak salah laku jika mahu dominan semula

UMNO perlu mengekalkan nilai serta perkara baik dalam perjuangan parti, sambil memperbaiki kelemahan dan membuang perkara yang merosakkan perpaduan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA ingin mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi bahawa UMNO perlu dominan jika mahu orang Melayu merasa selamat.

Nurul Amal berkata, sejarah membuktikan ketika UMNO menjadi teras pemerintahan, orang Melayu dan Islam berada dalam keadaan lebih tersusun dari segi kuasa politik, ekonomi dan hala tuju negara.

Katanya, negara ini pernah diperintah oleh kerajaan Melayu Islam, namun hakikat pahit yang perlu diterima ialah kerajaan itu tumbang bukan kerana tekanan luar, sebaliknya akibat perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.

“Yang menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam dahulu bukan pihak lain, tetapi orang Melayu dan Islam juga. Ini realiti yang perlu diakui, bukan untuk menuding jari tetapi untuk belajar daripada kesilapan,” katanya

Pada pandangan saya, UMNO kini agak sukar untuk pulih dan meraih kembali di hati masyarakat Melayu kerana perjuangannya kurang selaras dengan ajaran Islam.

Sepatutnya, apabila kepimpinan UMNO menyampaikan ucapan seperti perjuangan kita untuk kepentingan bangsa, agama dan negara semasa perhimpunan tahunan parti, ia seharusnya disertai dengan penekanan agar semua ahli menjauhi sebarang salah laku.

Malangnya, realiti masyarakat Melayu kini sudah berpecah. Oleh itu, jalan terbaik ialah mengamalkan prinsip ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ selain mengekalkan nilai serta perkara baik dalam perjuangan parti, sambil memperbaiki kelemahan dan membuang perkara yang merosakkan perpaduan. – UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×