PBAPP pelopori teknologi line stopping, elak gangguan bekalan

PBAPP pelopori teknologi line stopping, elak gangguan bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) akan melaksanakan projek penyambungan saluran paip utama bersaiz 900 milimeter tanpa sebarang Gangguan Bekalan Air Berjadual (SWSI) kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, projek bernilai RM3.2 juta itu melibatkan kerja-kerja penyambungan akhir Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai Kedua di Sungai Dua, Seberang Perai Utara (SPU).

Menurut beliau, kerja pe­nyambungan akhir tersebut dijadu­alkan pada 28 Januari ini dan akan menggunakan teknologi hot tapping serta line stopping sekali gus memboleh­kan aliran air diteruskantanpa henti sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggunaan teknologi ber­ke­naan akan mengelakkan penutupan saluran paip utama yang membekalkan air terawat dari Loji Rawatan Air Sungai Dua ke kawasan SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT).

“Melalui kaedah ini, kira-kira 26,000 pengguna air di SPU dan SPT akan terhindar daripada gangguan bekalan air berjadual yang berpotensi berlangsung antara 24 hingga 48 jam sekira­nya kaedah konvensional digunakan,” katanya di sini semalam.

Beliau menjelaskan, PBAPP telah melantik kontraktor pakar bagi melaksanakan kerja-kerja penyambungan tersebut bermula dengan persediaan kerja line stopping pada 27 Januari diikuti kerja penyambungan akhir pada keesokan harinya.

Tambahnya, proses penyambungan melibatkan kerja hot tapping, lencongan sementara aliran air, penanggalan bahagian saluran paip lama serta pemasangan dan kimpalan bahagian saluran paip baharu sebelum ali­ran air disalurkan sepenuh­nya melalui paip baharu.

Menurutnya, keseluruhan kerja dijangka selesai pada 29 Januari dengan penanggalan mesin line stopping, sekali gus menandakan siapnya projek Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai Kedua tersebut.

“Anggaran kos penggunaan teknologi line stopping dan hot tapping adalah sekitar RM800,000, jauh lebih tinggi berbanding kira-kira RM80,000 bagi kaedah konvensional, namun manfaatnya amat besar kepada pengguna air.

“Sekiranya pelaksanaan projek ini berjaya tanpa sebarang isu, PBAPP akan mempertimbangkan penggunaan semula teknologi ini bagi projek-projek akan datang, tertakluk kepada faktor kos, tempoh masa, saiz paip dan bilangan pengguna terlibat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×