‘Pintu UMNO tidak dibuka seluas-luasnya, tidak ditutup serapat-rapatnya’

‘Pintu UMNO tidak dibuka seluas-luasnya, tidak ditutup serapat-rapatnya’

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti kemasukan semula individu yang pernah meninggalkan UMNO bukan bertujuan membuka pintu parti secara terbuka tanpa syarat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia ditubuhkan bagi memastikan setiap pertimbangan dibuat selaras dengan perlembagaan parti supaya keputusan dapat ditangani secara adil dan tersusun.

Katanya, sebagai sebuah parti demokratik, UMNO perlu mendengar suara ahli di peringkat bawah sebelum sebarang keputusan dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suara akar umbi perlu didengari kerana pandangan merekalah yang menjadi asas kepada proses perbahasan dan pembaharuan yang disebut sebelum ini.

“Apabila pintu rumah itu ingin dibuka semula, ia tidak dilakukan secara terbuka tanpa syarat.
Seperti yang ditegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pintu tidak dibuka seluas-luasnya dan tidak juga ditutup serapat-rapatnya.

“Di sinilah peranan jawatankuasa iaitu menentukan sejauh mana pintu perlu dibuka, kepada siapa dan dalam keadaan bagaimana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Azalina berkata, isu berkenaan turut melibatkan perbezaan pendekatan dan pandangan antara negeri memandangkan setiap negeri mempunyai corak pentadbiran serta realiti politik yang tidak sama.

Katanya, perbezaan itu perlu difahami agar parti dapat bergerak ke hadapan dengan lebih matang serta teratur.

“Isu-isu yang dibahaskan juga mewakili negeri masing-masing. Sudah tentu, pendekatan dan pandangan akan berbeza kerana setiap negeri mempunyai corak pentadbiran dan realiti politik yang tidak sama,” katanya.

Azalina berkata, UMNO bukan sebuah parti yang bersifat tertutup atau autoritarian, sebaliknya sentiasa mengamalkan pendekatan mendengar, meneliti dan mempertimbang pandangan ahli sebelum sebarang keputusan dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN