Pecah dominasi lelaki, kumpulan wanita gegarkan pertandingan dikir barat RTM

Pecah dominasi lelaki, kumpulan wanita gegarkan pertandingan dikir barat RTM

SUHAIMI Sulaiman (dua dari kanan) menconteng batik sebagai simbolik pelancaran Pertandingan Dikir Barat RTM 2026 di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenal kategori wanita pada pertandingan dikir barat tahun ini sekali gus memecahkan dominasi lelaki yang berlarutan lebih dua dekad.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, ini kali pertama kategori itu diperkenal walaupun golongan pendikir wanita sudah lama wujud.

“Sebenarnya pendikir-pendikir wanita sudah lama ada dalam industri terutama di Kelantan. Cuma mereka tidak menonjol sepertimana pendikir lelaki. Jadi kita ambil inisiatif untuk angkat mereka dan dipertandingkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan pendikir wanita ini sebenarnya lebih bersifat campuran kerana pemuziknya terdiri daripada golongan lelaki. Cuma pendikir (jogho dan tukang karut) serta awak-awak terdiri dari wanita,” katanya a pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Pertandingan Dikir Barat RTM 2026, di sini hari ini.

Suhaimi berkata, mereka yang pernah menyaksikan persembahan pendikir barat wanita pasti tahu bahawa elemen persembahan mereka lebih lembut berbanding lelaki dari segi lirik, tarian awak-awak dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini