Kerajaan Selangor tidak akan sedia peruntukan ternakan babi

Kerajaan Selangor tidak akan sedia peruntukan operasi ternakan babi

Kuil Selangor
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Se­langor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewa­ngan atau membuat pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan.

Ia antara tiga perkara yang diperkenan dan ditetapkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas berkenan menerima menghadap Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim serta Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim di Istana Bukit Kaya­ngan, Shah Alam semalam.

Baginda menegaskan, ketiadaan penyediaan sebarang peruntukan kewangan atau pelaburan terhadap operasi penternakan babi itu termasuk di kawasan Bukit Tagar.“Segala urusan berkaitan hendaklah dilaksanakan tanpa melibatkan dana awam negeri,” titah baginda menerusi kenya­taan akhbar yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah.

Selain itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar tiada lagi operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat.

“Justeru, operasi sedia ada hendaklah dihentikan secara beransur-ansur dan seterusnya dipindahkan sepenuhnya ke kawasan Bukit Tagar, mengikut perancangan yang tersusun serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan,” titah baginda.

Sultan Selangor turut me­ngarahkan satu kajian yang terperinci serta bancian menyeluruh berasaskan data yang sah dilaksanakan bagi mengenalpasti statistik serta kuantiti sebenar keperluan dan permintaan daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor.

“Baginda menegaskan bahawa tiada sebarang tujuan atau perancangan untuk eksport ha­sil penternakan tersebut.

“Dapatkan kajian ini hendaklah dijadikan asas utama dalam menentukan skala, kapasiti dan keluasan operasi penternakan babi di Bukit Tagar, agar ia kekal pada tahap yang munasabah dan terkawal,” kata kenyataan itu.

Baginda juga berharap semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan ketetapan ini dengan penuh tanggungjawab, berhemah dan mematuhi undang-undang.

“Demi memastikan kese­jahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor sentiasa terpelihara,” titah baginda.

Sementara itu, Izham berkata, ladang babi berpusat di Bukit Tagar, Hulu Selangor akan dibina bagi menempatkan pemindahan 112 ladang dari Tanjung Sepat, Kuala Langat seawal tahun ini.

Pembinaan ladang berkonsepkan penternakan moden itu akan dibuat di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar yang dikatakan jauh dari kawasan perumahan.

Beliau berkata, ia dibuat menerusi cadangan beberapa buah tapak berstatus pertanian.

Katanya, ladang babi moden itu dibina bagi memastikan pematuhan terhadap penyelesaian berhubung isu alam sekitar dan keharmonian penduduk dapat dilaksanakan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×